Tuesday, July 1, 2008

KeRaNa KaRiNa 2

Drama suka ramai Kerana Karina kini kembali selepas musim pertama yang mengemparkan. Marsha kini sudah menjadi bintang popular, dan kini beliau telahpun menarik perhatian ramai apabila ditawarkan untuk berlakon filem. Tetapi sudah semestinya, Marsha masih tidak dapat melupakan Imran dalam hidupnya. Dan apabila ia berlaku, kepulangan dan pertunangan beliau dengan Imran tampak akan seperti mengakhiri kisah percintaan romantis mereka dengan sempurna.

Namun kisah percintaan mereka menjadi semakin dramatik dengan kemunculan Zelfa, artis baru yang juga bernaung dibawah syarikat rakaman Dato Ross. Marsha semakin cemburu apabila mengetahui bahawa dia dan Zelfa bekerja dibawah penerbit yang sama iaitu Imran, dan konflik semakin memuncak apabila Imran memilih untuk menerbitkan album Zelfa terlebih dahulu. Tanpa disedari, kawan rapat Marsha juga telah ‘melarikan’ diri daripada beliau. Boy kini sudah mempunyai rakan ‘baru’. Sementara Sherina telah terpengaruh dengan satu
tawaran untuk mengembangkan impiannya dalam bidang perniagaan yang sememang diimpikannya.

Memasuki dunia baru beliau sebagai pelakon di lokasi pengambaran, menjadikan Marsha semakin lupa daratan dan kini Marsha mempunyai helah tersendiri untuk direncanakan. Bagi beliau, maksud sebenar ‘bintang’ semakin sukar untuk diterima. Dipengaruhi, persaingan karier, hubungan baru, adakah ini semua akan membawa kepada pengakhiran terhadap hubungan Marsha dan Imran? Saksikan Kerana Karina musim yang ke-2!

IKUTILAH JALAN CERITA KERANA KARINA 2 INI...!!

layarilah laman web~~ www.gua.com.my
infonya adalah dr laman web rasminya tersendiri

No comments: