Thursday, June 26, 2008

KEPUTUSAN2......!!!

Semakan keputusan kursus perguruan lepasan SPM 1 Julai ini

Calon yang memohon Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ambilan Julai 2008 boleh membuat semakan keputusan tawaran mereka mulai 1 Julai ini.

Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pelajaran, Emily Clarice Joannes, dalam satu kenyataan hari ini berkata mereka boleh membuat semakan menerusi laman web http://www.moe.gov.my.

Beliau berkata calon yang berjaya hendaklah mencetak surat tawaran sementara dan membawa surat itu pada hari pendaftaran.

Calon yang berjaya juga diminta membaca arahan yang diberi dengan teliti serta mematuhi arahan itu.

Beliau berkata kegagalan mematuhi arahan akan menyebabkan mereka tidak layak didaftarkan di institusi pendidikan guru. - Bernama

No comments: