Thursday, June 26, 2008

dEtEktiF coNaN

Shinichi Kudo, detektif SMA yang memiliki kemampuan luar biasa dalam menganalisis kes-kes jenayah. Shinichi terkena satu masalah besar ketika tiba-tiba dirinya menjadi kecil setelah diberi minum ubat misteri yang kemudiannya diketahui adalah racun berkod APTX 4869 oleh 2 org anggota berkot hitam iaitu Gin dan Vodka. Pada kejadian itu, Shinichi dan Ran Mouri sedang bersama di sebuah taman tema (theme park) yang bernama "Tropical Land". Kemudian, Shinichi bertemu dengan dua orang yang mencurigakan, Shinichi pun mengikuti mereka. Disebabkan oleh terlalu asyik mengintip byg gelap yang dilakukan Vodka dengan seorang usahawan, tanpa disedari Shinichi dipukul oleh Gin, dan diberikan ubat misteri yang sepatutnya untuk membunuh Shinichi.

Namun ternyata ubat tersebut tidak membunuh Shinichi, tetapi terjadi kesan sampingan dari ubat tersebut yang mengakibatkan tubuhnya mengecil seperti kanak-kanak berusia tujuh tahun.

Kemudian, atas saranan dari Profesor Agasa, Shinichi menggantikan namanya menjadi Conan Edogawa. Nama "Conan" berasal dari nama pengarang buku detektif terkenal Sherlock Holmes, Sir Arthur Conan Doyle, sedangkan nama "Edogawa" berasal dari nama Edogawa Ranpo. Conan mulai ambil tahu selok-belok organisasi misteri tersebut sambil tinggal di rumah kawan sejak kecilnya, Ran Mouri, yang tidak mengetahui identiti asli Conan.

Disebabkan oleh tubuh Shinichi yg kecil, pada mulanya analisis Conan sama sekali tidak dipercayai kerana dianggap sebagai anak kecil. Jadi, Conan terpaksa membuat ayah Ran, Kogoro Mouri yang merupakan seorang detektif, untuk menyelesaikan pelbagai kes jenayah dengan harapan dapat menjejaki organisasi tersebut. Kemudian, kisah selanjutnya menjadi semakin rumit dan melibatkan pelbagai individu.

Anggota Berkot Hitam yang telah diketahui adalah Gin, Vodka, Vermouth, Pisco, Tequilla, Calvados, Chianti, Keel, Coroon, Sherry serta big boss yang selalu ditampilkan secara kabur.

Inilah salah satu komik yg sgt menarik perhatian ramai dgn kisah penyelesaian msalah oleh seorg detektif remaja...ketahuilah kisah selanjutnya "Conan Edogawa" ini^_^
GUD LUCK!!

No comments: